Wednesday, September 2, 2015

Hari Sabat itu Perlu

Di dalam Alkitab khususnya Perjanjian Lama, Tuhan sentiasa menitikberatkan hari Sabat, hari ketujuh yang diperuntukkan untuk semua manusia termasuk binatang berehat sehari penuh setelah bekerja enam hari. Saya telah bekerja selama 10 hari tanpa berhenti kerana pada hari Isnin lepas (cuti pastoral) saya telah mengambil hampir 3 jam bersama mahasiswa dan mahasiswi di Gereja kami. Setelah itu pada hari kelmarin saya bekerja sehari penuh sampai 5.30pm dan kemudian bergesa-gesa menghadiri kebaktian doa di Gereja pada jam 8 malam. Tidak heranlah pada hari ini, saya diserang sakit kepala dan saya terpaksa berbaring di katil dan berehat hingga jam 1ptg.

Thursday, August 20, 2015

Pelayanan Berpasukan & Kesetia-kawanan

Team ministry and loyalty. Itulah tajuk khutbah saya kelmarin di Gereja. Saya menyelesaikan khutbah secara ekspositori selama 6 bulan dan semalam suratan Paulus kepada jemaat di Kolose telah sampai ke penghujungnya. Setiap suratan Paulus memang cukup menarik, khususnya di suratan Roma dan Kolose di mana pada akhir surat itu beberapa nama rakan sepelayanan Paulus disebut secara jelas. Pada surat Roma, lebih kurang 40 nama disebut pada bab 16 dan Kolose 4 mempamerkan 10 nama nama rakan rakan sepelayanan Paulus. Setiap nama itu membawa erti yang penuh dengan teologinya tersendiri. Paulus sebagai rasul agung dan pemimpin pasukan pelayan-pelayan Tuhan cukup menghargai peranan rakan-rakannya dalam usaha bersama mencapai visi dan misi pelayanan mereka. Tanpa dokongan dan sokongan kuat pasukan Paulus itu, tidak mungkin Paulus menjadi begitu berjaya memberita Injil dengan penuh komitmen selama hampir 25 tahun lamanya sejak Paulus bertemu dengan Yesus yang telah bangkit di perjalanan ke kota Damsyik (KPR 9, 22, 26). Justeru, pelayanan yang efektif dan berhasil adalah pelayanan berpasukan di mana ketua pasukan itu mendapat sokongan penuh untuk melaksanakan tugas pelayanannya.

Tuesday, August 18, 2015

Ekonomi Malaysia ke Arah Mana?

Dua bulan sudah berlalu sejak saya memulakan kembali blog ini dan banyak perkara telah berlaku dalam 2 bulan ini sehingga rakyat jelata menanyakan apakah hala tuju Negara tercinta kita ini? Khususnya mengenai keadaan ekonomi yang semakin mencabar akhir akhir ini. Setelah cukai GST dikenakan pada 1 April yang lalu beberapa indikator ekonomi yang lain tidaklah begitu memperangsangkan susulan kejatuhan harga pasaran dunia minyak mentah, komoditi, dan ekonomi Cina yang kian lembab sehingga mata wang Yuan disusutkan nilai 2% minggu yang lalu untuk merancakkan lagi ekspot keluaran Cina. Semua ini memberi kesan yang negatif terhadap mata wang Ringgit sehingga jatuh sampat RM4.1 bagi 1USD dan 2.91RM bagi 1SGD.

Monday, June 15, 2015

Sangkakala Syurgawi

Sepuluh hari setelah gempabumi berlaku berdekatan Ranau, saya tergerak untuk menghidupkan kembali blog saya "Sangkakala Syurgawi" bagi tujuan menerangkan perkara-perkara atau kejadian kejadian yang bakal berlaku menjelang akhir zaman ini. Saya mendedikasikan blog ini bagi jemaat Tuhan di Pekan Ranau khususnya dan umat Tuhan di Sabah dan Malaysia umumnya. Selamat membaca kerana Tuhan Yesus akan menunjukkan kepada hamba-hambaNya hal-hal yang akan segera terjadi (Wahyu 1:1).